CARA NAK PUJUK LELAKI MERAJUK.?
Assalamualaikum. Kali ni nak post entry pasal pujuk lelaki merajuk pula. Haa susah sikit kena jaga hati lelaki apa2 lagi orang yang kita sayang sangat2. Hati lelaki kebal macam kereta kebal lah. Hahaha. :D Kalau dah sayang kena sabar lah kan.? Haaa ini tipsnya kalau takde idea. Uhukkkkk
Kenapa Si Dia Merajuk ?
Biasanya , Lelaki yang merajuk ni disebabkan berlakunya perselisihan faham antara dia dengan pasangannya . Perkara ini menyebabkan dia tak puas hati dan merajuk mengambil keputusan untuk bawa diri //merajuk dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau malas nak jawab paggilan . Jadi ? macam mana caranya nak pujuk dia ?
1) Beri dia perluang untuk bersendirian
Bila lelaki ni merajuk , dia sebenarnya perlukan masa untuk menenangkan fikiran dia . Dia perlu ambik masa bersendirian untuk bagi dia fikir sedalam - dalamnya ape yang akan berlaku . So ? Dia berhak ke nak merajuk ? //pikir2 la sendiri
2) Sentiasa Bagi dia Sokongan / Semangat
Korang sebagai seorang pasangan yang memahami , beri dia sokongan atau semangat sikit . Kalau dia mendiamkan diri , biar jelah dia buat hal sendiri // kan senang . Kalau dia macam tu , kita dudk sahaja sebelah dia dan mendiamkan diri . Walaupun dari luaran kita tengok dia diam atau buat benda lain , tapi dalam fikirannya , dia tengah fikirkan tentang masalah yang sedang berlaku .
3) Jangan Bertanyakan Tentang Perasaannya
Kalau dia sedang merajuk , jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku , kenapa dia merajuk , ape perasaan dia . Elakkan diri daripada bertanyakan apa - apa dekat dia . Ini akan menyababkan dia semakin menjauhkan diri daripada kita sebab telah mengganggunya .
4) Buat Sesuatu Yang Menggembirakan Hati Dia
Betul tu , Lebih baik korang menggembirakan hati korang sendiri daripada korang memikirkan perasaan dia . Sebab pada masa tu , dia perlu ruang untuk bersendirian . Jadi biarlah dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri korang .
TANDA TANDA LELAKI MERAJUK PULA.?
Lelaki kalau merajuk senang je kita nak tahu. Tengok gaya text yg dia bagi atau sifat perubahan dia. Haa ini ada tips sikit. Dapat dari entry seseorang.
1) Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita . Walaupun kita bercakap dengannya , dia hanya mengiayakan atau dia angguk kepalanya je . Dia sakit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni . Kalau benda ni berlaku sah - sah la dia merajuk dengan kita
2) Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita . Kalau kita mintak tolong dengan dia seperti kemaskan barang ke , dia buat acuh tak acuh je . Paling teruknya bila dia buat - buat tak dengar //pekak betul - betul baru tau . Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat kita macam tak wujud je .
3) Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita . Dia akan bagi alasan macam ni " awak makanlah dulu , saya kenyang lagi ni , lagi pun saya dah makan dengan kawan saya tadi.... " //padahal perut lapar
4) Masam Muka
Tindakan ni memang tindakan yang paling perempuan geram . Dah lah tak nak makan ngan kita , da tu nak tarik - tarik muka pulak . Tak puas hati la konon . Tapi adat la kalau orang dah merajuk . Perempuan pun lebih kurang je !
5) Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki . Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah . Untuk mengelakkan kita mengganggu dia , dia akan mati kan telefon bimbit dia dan bagi alasan bateri kong . Alasan dia satu je , dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat . //lahh , bila dah rindu call jugak last-lastnye
6) Menghisap Rokok
Kalau kaum hawa yang kuat kesihatan , dia paling tak suka kalau lelaki yang kuat merokok . Sebab kalau lelaki yang merokok , bila dia perasaan marah , paling utama nak hilagkan marah , dia akan menghisap rokok . // jangan merokok OK
"SELAMAT MENCUBA"
0 Comments: